Tuesday, August 9, 2011

tiub gosip: Keyataan waheeda sukar menunaikan solat?


Susulan kenyataan Waheeda berkenaan kesukaran beliau menunaikan solat semasa berkecimpung dalam dunia artis, beliau kini datang ke berita harian untuk memperjelas kan isu sebenar.

kenyataan waheeda:



"Saya sememangnya buat keputusan berhenti terus dari dunia hiburan, iaitu meninggalkan kerjaya sebagai penyanyi dan pelakon. Jika mahu diikutkan, banyak sebab mempengaruhi tindakan saya ini dan salah satunya berasakan dunia hiburan tidak menghormati Allah. Banyak cabaran sudah saya lalui, dan ia adalah pertarungan untuk kekal dalam dunia hiburan, di mana antara pilihan untuk memegang agama atau tidak. Saya pilih mengikut jalan Allah. Kita tidak boleh memilih bergembira dan bersolat pada masa sama, seolah-olah tidak menghormati Allah. Kalau benar beriman dan beragama Islam, kita lakukan apa yang dituntut. Saya pernah berkejar-kejar untuk bersolat ketika menjalani satu penggambaran. Apabila meminta untuk berhenti bersolat, pengarah sering melengahkan keadaan. Itu membuatkan saya ingin menangis apabila lihat tiada siapa yang peduli. Saya lihat tak ramai mengambil berat mengenai soal agama dalam dunia hiburan ini"

ape pon diharap waheeda gembira bersama suami tercinta.

credit to beautiful nara
Link

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...