Sunday, July 31, 2011

Info : Khairul Fahmi dikatakan mempunyai kekasih gelap, Dahlia Teck (5 Photos)



Entah betul ke tak ini tetapi nampak ianya sangat topik yang popular di dalam forum dan juga blog beautifulnara pasal isu Khairul Fahmi mempunyai kekasih gelap iaitu Dahlia Teck. Siapa dia? Semua orang tak tahu siapa dia cuma ada orang nampak mereka berdua kuar makan dan berpegangan tangan.Kesahihan cerita ini, kami tak dapat pastikan, kami hanya sampaikan :-)

Artikrel copy n paste from aku stress gile

Dahlia Teck

Sebelum ini, Kahirul Fahmi juga dikatakan mempunyai masalah dengan tunangnya seperti dalam gambar bawah ini.

Harap-harap dia tak stress untuk bertemu dengan Singapura esok. ..

Friday, July 29, 2011

Kisah Joe Pakai Tuala Wanita.




Dalam entry teman yang terbaru ni ..teman nak habaq skit tentang seseorang bernama joe yang telah memberikan testimoni berkenaan tuala wanita .mungkin beliau pernah memakai nya...teman x pasti la yang joe ni lelaki , perempuan atau pon nyah..same2 kite saksikan testimoni beliau mengenai produk libreese di bawah.





























Facebook is Sex??

facebook adalah sex??btol ke?..hahhaa..ni adalah funny pc yang teman amik dari internet..ngah survey2 internet tetibe terjumpe la gambar2 yang pelik2 ni untuk dikongsi bersama..tengok gambar dibawah ye..

.....





sila scroll down lagi ye....










...................................................................
















taddaaaaaa........



Wednesday, July 27, 2011

Isteri Sheikh Muszaphar Beranak Dalam Air

Baby Angkasawan Negara

Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor kini bergelar bapa apabila isterinya selamat melahirkan bayi sulung mereka menerusi kaedah bersalin di dalam air. Dr. Halina Mohd. Yunos yang berkahwin dengan Sheikh Muszaphar pada 10 Oktober 2010 selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 21 Julai lalu.

Bayi seberat 3.6 kilogram itu dinamakan Sophea Isabella. Halina mengambil masa 18 jam untuk melahirkan bayi itu di Hospital Pantai Bangsar di sini. Halina kini adalah doktor bius di Hospital Selayang di sini. Ketika dihubungi, Sheikh Muszaphar berkata, dia sangat teruja dengan kehadiran bayi tersebut yang dianggap sebagai anugerah Ilahi paling istimewa. “Isteri saya dimasukkan ke hospital pada pukul 2 pagi Jumaat dan berjaya melahirkan anak pada pukul 9.08 malam.

“Dia memilih kaedah bersalin dalam air kerana kurang sakit selain lebih semula jadi,” katanya. Sheikh Muszaphar merupakan rakyat Malaysia pertama berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007 dan berada di stesen itu selama 10 hari bagi menjalankan pelbagai penyelidikan. Dia kemudian menjadikan tarikh keramat berlepas ke angkasa pada 10 Oktober itu untuk melangsungkan perkahwinan dengan Halina pada tahun lalu.

Sheikh Muszaphar yang kini bertugas sebagai Felo Penyelidik Utama Institut Sains Angkasa berkata, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa. “Kami banyak membaca tentang cara mendidik anak-anak malah mendapat nasihat daripada kedua-dua orang tua kami supaya anak kami kelak berjaya kepada agama, negara dan bangsanya,” ujar beliau.


Sumber: kosmo

Tuesday, July 26, 2011

Bagaimana Menggebukan Pipi?


kali ni teman nak share lagi petua kecantikkan...oleh sebab teman pon x tau nak menulis ape arini...teman bagi la petua untuk rujukan semua...harap2 semakin bertambah la ye peminat2 blog teman yang da macam rojak pasembog ni...hehehhe

kali ni teman bagi petua nak bagi pipi gebu dan licin...konpem tertawan la cik abg di luar sane...

1.Ambil segenggam bedak sejuk , sedikit lendir lidah buaya , sebiji putih telur dan ari rebusan kunyit hidup. gaulkan hingga sebati dan sapukan pada wajah selepas solat atau sebelah malam. Biar kan selama30 minit . Setelah itu , cuci dengan air suam. lakukan dengan kerap. Hasil nya wajah akan kelihatan gebu dan licin.

2. Campurkan dua sudu madu dengan sebutir telur yang diambil putih nya. Kemudian lumurkan pada wajah dan biarkan kering. Setelah itu , cucilah dengan air.

3. Cuci muka dengan air basuhan beras . lakukan setiap hari nescaya kulit akan bertambah cerah dan lembut . Mudah kan?

4. Kupas sebiji kentang . Cuci dan kisar hingga halus . Campurkan dengan sedikit susu teung dan gaul hingga sebati untuk dijadikan masker. Pupurkan kemuka dua kali sehari pada waktu pagi dan malam selama 10 - 15 minit . bilas dengan air suam dahulu kemudian barulah menggunakan air sejuk. lakukan dua minggu sekali.

5. Setiap kali nasi yang dimasak hampir kering, ambil dua sudu makan air nasi (kelihatan agak sedikit pekat ). Lumurkan pada wajah dan leher ketika masih suam. Biarkan hingga kering kemudian dibilas

6. Mesin ubi senkuang hingga hancur dan sapukanke muaka . Biarkan kering. Kemudian barulah dicuci dengan air bersih . Amalkan tiga kali seminggu..


mudah kan?? ramai la ye perempuan berpipi gebu lepas ni ye....

Saturday, July 23, 2011

Keputusan Akhir Malaysia Vs Singapura


singa membaham harimau pada malam ini...nmpk nya harimau tewas di cakar singa dengan 5 cakaran singa dibalas dengan 3 cakaran harimau....hehehehe malaysia tewas 3 - 5 di tangan singapura la makna nye kan?

xpe kite tunggu lagi perlawanan timbal balik di malaysia. diharap malaysia mampu membalas dan membelasah singa di Malaysia..

sekian.

p/s: terima kasih kepada pasukan malaysia yang berjuang bersungguh sungguh,


Update Terkini Malaysia Vs Singapura


Perlawanan semakin rancak apabila malaysia telah menjaringkan 2 gol dan jaringan pada ketika ini adalah singapura 4 - 3 malaysia..jaringan kedua oleh malaysia daripada hadi yahya dan jaringan ketiga oleh safee sali.

diharap malaysia dapat memenangi perlawanan ini...thums up...

Update Terkini Malaysia Vs Singapura


adoi...malaysia sekarang ni dah ketinggalan 4-1 pada minit ke 46..dan tamat separuh masa pertama buat mase ini dimana malaysia ketinggalan 3 gol. kite nantikan permainan pada separuh masa kedua adakah malaysia mampu mengalahkan singapura...same2 kite nantikan



Update Terkini Malaysia Vs Singapura


Oh bola..oh bola..bola itu bulat ye adik2..ape ntah teman mengarut ni...ok ..buat mase skrg sehingga minit ke 43 keputusan perlawanan masih lagi di pihak singapura iaitu singapura 3 -1 Malaysia. Malaysia masih lagi tercari2 gol pernyamaan yg nampak nye agak sukar apabila singapura asik mengekang kedudukan pemain Malaysia. Nampak nye kedudukan malaysia dan singapura sekarang ini agak jauh.

itu sahaja update dari teman setakat ini. tp nmpk nye banyak percubaan yang dilakukan daripada kedua2 pasukan.

Friday, July 22, 2011

Cara Jimat Luruskan Rambut?




Teman rase kat malaysia ni byk sgt salon2 yang tawarkan khidmat meluruskan rambut ni..rebonding kan name die...aku pon tak arif sgt pasal ni..harga nak melurus kan rambut ni ratus2 la kan..fuhhh mahal x igt. pastu nak kene gi wat treatment lagi setelah beberapa bulan, adoii duit lagi kan? Kat sini teman nak kongsikan care luruskan rambut yang kerinting mengikut petua nenek moyang kite. harap dapat membantu la ye..

1. Kupas kulit sebiji pinang tua . Goreng tanpa menggunakan minyak sehingga hangus. Kemudian tumbuk bersama dua tangkai bunga raya yang baru hendak mekar sehingga lumat. Gaulkan tiga sudu perahan air limau nipis bersama campuran ramuan pinang dan bunga raya hingga sebati . lumur diatas kepala selama beberape minit . kesan nya amat lah mjarab. rambut tidak gugur dan semakin lurus.

2. Bancuh kan dua biji telur bersama sedikit tepung gandum . Basahkan rambut, tapi jangan terlalu basah, lembap kan sahaja ya. Kemudian sapukan bancuhan telur dan tepung gandum tadi pada keseluruhan rambut. Sikat rambut dengan lurus dan biarkan sebentar. Bilas dengan air bersih. lakukan dua kali seminggu.

3. Perah sebiji kelapa menggunakan segelas air , Perah kan limau nipis dan simpak ke dalam peti sejuk sehingga bahagian atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utuk menyapu kulit kepala serta seluruh rambut . Tutup dengan tuala panas selama satu jam. Bilas rambut sehingga bersih dan lakukan cara ini tiga kali seminggu.


senang kan petua2 diatas. zaman sekarang ni laki n perempuan same aje. dua2 nak ade rambut lurus kan? so, ikut je petua diatas bukan susah pun kan?? say goodbye to rebonding.

Thursday, July 21, 2011

Review Movie Flat 3A



petang tadi aku da tgk cite ni kat panggung..aku nak buat review ni xder la reti sangat pon. tapi aku rase cite ni agak menarik la xder la bosan sangat. Tapi ape yang aku lihat pengunjung kat dalam panggung just 2/10 dari kapasiti dewan, maybe hari ini weekdays dan juga ianya bersaing dengan Harry potter part 2 yang dah pecah panggung ni.

Ok cerite flat 3A dengan pembunuhan yang terjadi kepada seorang ahli perniagaan dengan menggunakan imu hitam oleh Kang Suman, bomoh indonesia yang dimana scene ini terhenti disini kerana akan dikaitkan pada ending cerita. kemudian cerite ini diteruskan dengan kehidupan fiqah(intan ladyana) yang agak ""bergaul bebas " dengan teman lelaki nye, anas(name pelakon ni aku x tahu) sehingga fiqah menggugur kan kandungan nya yang berusia 4 bulan. kemudian fiqah dihantui dengan gangguan suara bayi menangis dan kemudian mengambil keputusan untuk berpindah ke sebuah flat yang dinamakan 3A bersama rakan nya, Ratna. Adakah gangguan yang same berlaku di flat 3A? apekah yang berlaku di Flat 3A? yang tu korang kene la tgk sendiri. nnt x pasal2 david teo saman aku..huhuhu

overall filem ni aku bg 3.5/ 5. ending pon x mengecewakan.

selamat menonton.

Wednesday, July 20, 2011

How to remove Facebook virus | Macam mana nak buang virus Facebook


Salam

Semalam aku kena virus Facebook ni atau dikenali sebagai, Koobface iaitu sejenis worm yang berkeliaran dalam Facebook. Virus ni akan menghantar message kepada kepada korang dan buat wall post. Dalam message yang dihantar akan ada link yang mengandungi virus. Sila baca sini untuk keterangan lanjut.


Atas carian Google ni antara cara nak remove adalah;


Carian pertama-Sumber---------------------------------------------------------------------------


1 – Kill these processes:
fbtre6.exe
mstre6.exe


Caranya adalah;
Korang right click window bar (yang kat bawah tuh) dan klik 'Start Task Manager'



Klik pada tab yang kedua iaitu 'Processes' dan cari dan tekan image name fbtre6.exe dan mstre6.exe satu persatu, dan klik pada End Process





2 – Delete these registry values:
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\Current Version\Run\”systray” = “c:\windows\mstre6.exe”
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\Current Version\Run\”systray” = “C:\Windows\fbtre6.exe”
HKEY_CURRENT_USER\AppEvents\Schemes\Apps\Explorer\Navigating


Caranya adalah;
Korang klik pada Start button, dan taip run kat bar bawah tu. Boleh tekan Enter terus atau klik pada yang pertama tuh.



Window baru akan keluar dan taip regedit. Klik Ok



Cari file step by step seperti yang tertera di atas, contoh
HKEY_LOCAL_MACHINE > SOFTWARE > Microsoft > Windows > Current Version > Run > ”systray”
Untuk lebih kepastian, pada ruang Data, akan tertera ini “c:\windows\mstre6.exe
Klik dan delete


PERHATIAN: JANGAN SEWENANG-WENANGNYA DELETE FAIL YANG ANDA TAK PASTI. LAPTOP/PC ANDA MUNGKIN TAK DAPAT START KALAU TERSALAH DELETE



3 – Delete these files:
C:\\Windows\\fbtre6.exe
C:\\Windows\\fmark2.dat

Caranya macam korang cari fail dan folder. Mula daripada My Computer.


----------------------------------------------------------------------------------------------------


Carian kedua-Sumber-----------------------------------------------------------------------------


1. Menukar Password Facebook.
2. Delete Facebook Application yang tak pernah korang pakai

(Klik pada sumber itu untuk lebih faham, macam mana nak buat)


---------------------------------------------------------------------------------------------------


Carian ketiga-Sumber-----------------------------------------------------------------------------

Ni yang aku dapat daripada Facebook sendiri. Rasanya untuk keterangan lebih lanjut, boleh click di Sumber.

Here are some ways to be smart and aware on Facebook and across the Internet:

  • Don’t click on links or open attachments in suspicious emails. If the email looks weird, don’t trust it, and delete it from your inbox immediately.
  • Be wary of where you enter your password. Just because a page on the Internet looks like Facebook or another site you use, it doesn’t mean that it is. Check the address bar in your browser, and learn to tell the difference between a good URL and a bad one. If you ever have doubts about the legitimacy of a link, simply type the website’s URL (for example, http://www.facebook.com) into the address bar.
  • Be suspicious of any email or message that contains an urgent request or asks you to update your information or provide new information.
  • Be suspicious of emails or messages that contain misspellings or use bad grammar, especially if they’re from someone who is usually a good writer.
  • Make sure you have an up-to-date web browser equipped with an anti-phishing blacklist. Some examples are Internet Explorer 8.0 and Firefox 3.0.10.
  • Make sure you have up-to-date comprehensive security software on your computer that includes anti-virus, anti-spyware, anti-phishing, and a firewall.
  • Make sure you've set your operating system to update automatically.
  • Make sure you’ve listed a security question and answer for your online accounts. This will come in handy if you ever lose access and need to prove who you are. You can do this on Facebook from the Account Settings page. You should also add a mobile phone number from this page, which will help if we ever need to send you a text message to confirm your identity.
  • Don’t share your passwords with anyone. Don’t do it. Most reputable online services will never ask for your password through any form of communication.
  • Use different passwords for your various online accounts. If you use the same password everywhere, and it’s stolen, you could lose access to all of your accounts at once.
  • Use a complex password that can’t be easily guessed. Avoid common words, and make sure your password is at least eight characters long and includes capital and lower case letters, numbers, and symbols.
  • Remember that you choose what you share and with whom you share it. Think before you post, especially if the information is sensitive or personal in nature. You can learn more about how to control your information on Facebook, including how to choose an audience for each and every post you make, in our Privacy Guide.
  • Use caution when accessing or sending information over an unsecured public wireless network. Unless you can verify that a Wi-Fi network is secure, you may want to avoid transmitting sensitive information.

---------------------------------------------------------------------------------------------------


Carian keempat-Sumber--------------------------------------------------------------------------


Guna scanner McAfee. Software ni adalah software yang direkemen untuk scan virus Facebook ni. Untuk Sementara boleh laa.

copy and paste from reminiscence of mine

Rahsia Awet Muda N.D Lala.




Tajuk artikel kali ni nak kasi gempak je..ND lala kan awet muda?btol x? tak salah kalu cube related kan dengan post kali ini agak nya..hahhaha...kali ini tiub2u akan memberikan petua2 bagaimana untuk mengekal kan keremajaan kulit dan seterus nya juga mengekal kan awet muda. sudah pasti ramai yang ingin tahu bagaimana cara nya. harap petua-petua dibawah dapat membantu anda ye.. Jadik macam ND Lala la ye lepas ni..Remaja always...hehehhee. Mungkin juga ND Lala mengamalkan petua seperti dibawah.

1. Selepas bangun tidur , amalkan minum air suam segelas dan selwat sebanyak tiga kali. Amalkan setiap hari. Semoga wajah anda berseri2 dan kekal awet muda.

2. Gunakan jari telunjuk kedua2 belah tangan dan letakkan di dagu. Pusing2 kan jari kepipi , pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan. perlu diingat jangan sesekali mengurut wajah dari atas kebawah kerana ia akan mempercepat kan proses kedutan.

3. Gambir ditumbuk sehingga halus . kemudian campurkan dengan perahan air limau kasturi. Sapukan pada muka dan biarkan kering. setelah itu, bilas dengan air . Lakukan setiap hari atau berselang seli. Hasil nya kulit akan bertambah halus dan awet muda.

4. Campurkan dua biji telur penyu mentah dengan air perahan dua biji limau kasturi , madu lebah pekat dan juga seibji telur ayam kampung. Gaul hingga sebati. Sesudah itu, minum sehingga habis . Amalkan setiap pagi sebelum sarapan pagi.

5. Pucuk gajus yang telah dibersihkan dimakan begitu sahaja sebagai ulam ataupun diminum air rebusannya.

6. Makan daub pudina mentah setiap hari. Jadikan sebagai ulam bersama nasi. Amalkan selalu.


diharap petua diatas dapat membantu anda bertambah muda ya.. kalu yang dah umur 30 tu boley la nampak macam 20 kan?? mungkin juga akan kelihatan seperti aak dara yang cun melecun. sape x nak kan?

Monday, July 18, 2011

Bagaimana Menghidarkan Perut Buncit??




Di bawah merupakan dimana beberapa petua untuk menghindarkan perut buncit agak badan anda kelihatan lebih menarik dan mengiurkan ..hehehe

1. ramai orang mengamalkan makan dahulu kemudian barulah nak pergi mandi, Sebenarnya cara begitu adalah salah dan boleh membuatkan perut anda buncit. Mungkin ada alasan nya dari segi sains. Tp petua nenek moyang kita menggalakan untuk mandi dahulu kemudian baru makan. Tapi kalu makan dgn kuantiti yang banyak xder gunanye juge kan..so cube makan dalam kuantiti yang sederhana dan makan tanpa berulam kan air. Ada baik nya minum selepas setengah jam Makan. Cubelah ia bg mengelakkan buncit...

2. Campur cuka, ragi dan kapur barus hingga sebati . Buatkan campuran ini pekat sedikit. pupukkan pada perut dan barut kemas2 sebelum anda tidur selama 44 hari. Dah macam baby baru lahir je kan..hahaha

3. rebus jadam bersama asam jawa dan sedikit air. Biarkan kering dan kemudian sejukkan ia . Sapukan jadam ini ke perut dan kemudian dibarut kemas.

Sedikit Ilmu Apa itu Jadam? Bagi yang tidak mengetahuinya.

Jadam mempunyai rasa yang pahit dan ia sebenarnya diproses dari daun lidah buaya. Biasanya dalam setiap ubat periuk dimasukan jadam tetapi kerana rasanya yang pahit dan tak disukai, jadam tidak lagi digunakan.

Salah satu herba yang ada dalam pengubatan Islam ialah jadam.

Jadam juga menjadi pelawas yang sangat baik disamping melancarkan perjalanan darah. Jika jadam di minum pada seminggu sekali ia akan mengurangi lendir di paru-paru. Ini akan menyebabkan penafasan menjadi lancar dan suara juga bertenaga. Selain daripada itu kegunaan jadam sama seperti alovera di mana ia sangat baik untuk ibu yang bersalin. Kadang-kadang jadam boleh menjadi julab (laxatif) bagi sembelit yang kronik. Jadam juga menerangkan mata.


4. Perah jus limau kasturi dan gaulkan dengan kapur sireh. Sapukan pada perut.

5. Bancuh secawan teh pekat manis dan perahkan dua biji Limau nipis . kemudian minum ketika masih suam. sebaik2 nya minum selepas sarapan pagi dan makan tgh hari.

Amal2 kan lah sebelum anda bertambah buncit ye...

Saturday, July 16, 2011

Daging enak??Suami tertambat....



bestkan baju daging lady gaga ni...huhuhu



petua daging cepat empuk..mungkin petua disini agak sedikit ya..tp harap mengcukup membantu tuan dan puan2 di dapor ye..

1. Perap daging yang telah dipotong dengan sedikit cuka selama 10-15 minit. Slepas itu toskan sehingga air nya kering . Ketika memasak , perlahan kan api ketika kuah sedang menggelegak. Hasilnya , daging lebih cepat empuk dan enak dan sedap dimakan.

2. Tumbuk halia sebesar inu jari bersama bawang putih . Gaulkan dan biar kan seketika . Anda juga boleh perapkan daging bersama tepung dan biarkan selama setengah jam sebelum dibilas

3. Rebus daging bersama camca kecil. biar kan selama 30 minit. selepas itu toskan dan masak daging tersebut mengikut kemahuan anda.

4. Masukkan beberap helai daun nangka ke dalam rebusan daging . Dan hasil nya daging anda akan lembih empuk dan enak.

5. Masukkan tangkai daun betik kedalam rebusan daging.

6. masukkan sebiji betik muda ke dalam masakan daging tersebut....

7. masukkan keratan ubi kayu yang telah dibersihkan ke dalam daging yang sedang mendidih. biar kan selama 10minit sebelum diangkat. kemudian masak daging tersebut mengikut selera anda.

8. masukkan sepotong tempe kedalam gulai daging anda.

9. Sebelum dimasak, gaulkan daging tersebut dengan tepung dan kicap. Perapkan selama 30 minit.

10. Masukkan buah keras yang telah ditumbuk lumat ke dalam gulai daging anda.


Petua Bonus : menghindar daging dari cepat berbau.

Basuh daging hingga bersih, kemudian masukkan kedalam bekas plastik. Simpan dalam peti sejuk. Bila diperlukan, barulah dibuka dan dibungkus semula dengan baik. ---> lady gaga menggunakan petua ini untuk baju daging beliau seperti gmbar diatas.



p/s: daging enak, suami tertambat.

Friday, July 15, 2011

GoodBye Parut !!!!(Petua hilangkan parut)


Parut Hello Kitty!! suke x??



Petua bergune bagi sape2 yang rasa beliau mempuanyai sticker2(parut) free pada kulit ye.

1. Basuh Bersih daun lidah buaya yang segar. sapukan lendirnya pada serata kulit yang bermasalah setiap kali sebelum tidur. biarkan semalaman dan cuci keesokannya dengan air suam.

2. Ambil beberapa biji pisang emas dan kupaskan kulitnya. Tenyehkan bahagian dalam kulit pisang pada parut. Lakukan setiap hari sehingga ada perubahan.

3.Campurkan segenggam bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan cekur yang telah ditumbuk halus. Pakai bedak sejuk ini sebelum masuk tidur . Lakukan sehingga kesan parut itu hilang.

4. Kisar timun dan sebiji tomato . Tapiskan airnya dan minum untuk menyejukkan badan. Ambil hampas timun dan tomato tadi, gosokkan dibahagian muka , tangan dan kaki. Amalkan seminggu sekali.

5.Goreng biji asam jawa tanpa minyak lebih kurang 5 minit . Kemudian ambil dan goreskan paa batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya , titiskan dengan air dan gosok pada parut. Amalkan selalu dan lihat hasilnya.

6. Goreng segenggam beras sehingga kekuningan. Selepas itu , tumbuk halus bersama kulit kayu manis. Campurkan dengan sedikit air dan dipakai seperti bedak sejuk. Amalkan Seminggu sekali.

p/s: x perlu gune SK-II.....

Petua Mudah Mencerahkan Kulit Muka Anda



Kepada mereka yang berasa tona warna kulit agak gelap sila lah menjamu mata membaca petua2 yang disenaraikan dibawah ye..

1.Parut Seketul Ubi kayu dan tampalkan pada muka anda yang comel itu. Biarkan sehingga kering dan bilas dengan air suam2 kuku. Amal kan setiap malam ye.

2. Campurkan parutan lobak merah , kuning telur, dan juga sedikit air limau nipis sehingga sebati . Sapukan pada muka dan biarkan ianya kering. Cuci dengan air tanpa sebarang produk pencuci muka.

3. Campur kan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. lakukan setiap hari.

petua diatas adalah unisex ye..sape2 pon boleh buat tp kalu da itam legam cam negro tu, x dapek la den nak nolong nyo ye...


p/s: kenape la petua ni x diamalkan di negara afrika ye..

Petua Mengelakkan Muka Sembab


bagi untuk mengelakkan muka kelihatan sembab beberapa petua disediakan di bawah ini untuk diamal kan kepada anda semua. Daripada pembacaan aku yang x seberapa ini muka kelihatan sembab munkin disebab kan oleh saraf yang mengandungi angin. kalau salah tolong betulkan ye.

1. Jemur sehingga kering lebih kurang 10 kulit buah rambai dan tumbuk sehingga menjadi halus. Kemudian campurkan dengan sedikit bedak sejuk dan air untuk dijadikan bedak. Sapukan pada setiap malam sebelum tido ye. Lelaki juga boleh mengamalkan nya.

2. Campurkan sedikit asam jawa dengan tepung beras dan gaulkan bahan tersebut sehingga sebati. Sapukan pada muka selama 15 minit secara perlahan lahan. kemudian bilas dengan air. Lakukan sekerap yang boleh.

3. Kisar sebiji putih telur, sedikit madu lebah, minyak zaitun, sebiji limau nipis, bunga melur dan badam. Pupurkan dimuka dan biarkan kira2 selama 10 minit sebelum dicuci.

Petua2 diatas adalah sesuai kepada kaum lelaki juga. Pilihlah petua mane yang lebih mudah untuk anda dan amalkan. Dengan usaha dan kesungguhan kesan nya akan dapat dilihat. duit pon jimat kerana tidak perlu mebeli sebarang produk kecantikan yg banyak mengandungi bahan kimia..

Petua original daripada nenek moden.

p/s: x boleh nak letak muke sape2 yang sembab. nnt kene saman..huhuhu

Thursday, July 14, 2011

Mengapa Talian Digi selalu tergendala.



Salah sebuah syarikat telekomunikasi negara iaitu Digi Telecomunication menjadi tergendala akibat beberape orang kuat syarikat itu ditahan oleh polis. Berhati2 lah kepada para pengguna Digi.

P/s: post ini tiada kene mengena dgn sesiapa , ia sekadar hiburan semata2

Mengapa Pasukan Berbasikal Negara Selalu kalah.

Gambar di atas menunjukkan mekanik basikal yang paling berjaya disamping kerja beliau memetik buah2 kelapa.

Petua menhilangkan Pigmentasi / bintik hitam


aku x tau la ape yang nak di post kan pada petang ni...pikir punye pikir terpandang sebuah artikel tentang petua menhilangkan pigmentasi atau bintik hitam ni...aku rase patot la aku sharing disini kerana aku amat berpegang pada kata2 sharing is caring...

diantara petua-petua nya ialah

1. Parut sebji timun sehingga hancur(bersama sedikit air) dan campurkan parutan bersama dgn tepung jagung. Agak2 likat sedikit dan boleh disapukan pada muka. Apabila siap sapukan pada muke dan biarkan sehingga kering . Amalkan setiap pagi , hasilnya kulit akan kelihatan lebih lembut dan bersih. Anda juga akan kelihatan lebih muda dan berseri2. Jangan smpai tertekel dato' diluar sane sudah la ye...

2.Dapatkan sehelai tisu(lebih elok gunakan kapas muka) dan rendam kan ke dalam dua biji putih telur .kemudian tampalkan tisu tersebut pada tempat pigmentasi atau bintik hitam. tanggal kan tisu tersebut setelah ianya kering . Cuci dgn air dan juga pencuci muka. lakukan dua kali seminggu.

3. Ambil sedikit beras pulut dan campurkan dgn klit kayu manis ke dalam kuali. Goreng tanpa minyak kedua dua bahan tersebut. kisar dan gosokkan pada muka. lakukan dua kali semiggu.

4. Sebiji limau nipis dibelah dan diperah airnya dan dicampurkan dgn sedikit garam. Sapukan pada bahagian bintik hitam dan biar kan seketika seblum dibilas dgn air. amalkan petua ini 3 kali sehari

5. sehlai daun nangka dilumatkandgn sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan . Setelah kering bilas muka dgn air suam

6. Gaulkan satu sudu minyak zaitun dgn sebiji telur . sapukan pada muka dan biarkan selama 20minit sebelum dicuci dgn air suam. Amalkan sebelum tidur.

p/s : selamat beramal..semoga bertambah seri muka anda dgn petua daripada sy ini....

Wednesday, July 13, 2011

Keputusan Penuh Malaysia Vs Arsernal



Pada jelajah pra-musim bola sepak pada kali ini menampakab berbisanya taring arsernal apabila membaham harimau malaya dgn keputusan gol 4-o. Pasukan Harimau Malaya seperti ketandusan skill dan juga idea apabila berdepan dgn jaguh dari benua Eropah ini.

Pasukan Arsernal mendahului pasukan negara seawal minit ke-4 dan minit ke-37 pada babak pertama. Gol pertama dijaringkan oleh AaronRamsey dan juga Theo Walcott untuk mendahului pasukan negara 2-0 Pada babak pertama.

Perlawanan diteruskan dgn babak kedua dimana arsernal masih lagi menjaringkan gol pada minit ke 59 yang disempurnakan oleh Carlos vela . Manakala gol ke-4 dijaringkan oleh Tomas rosicky dgn tandukan beliau pada masa tambahan.

P/s: tahniah juga diucapkan kepada pasukan malaysia yang bersungguh sungguh dan semoga mendapat satu pengalaman yang beharga.

update terikini perlawanan bola sepak Malaysia Vs Arsernal




update terkini bagi perlawanan bola sepak diantara pasukan malaysia dan arsenal pada waktu ini adalah arsenal 4-0 Malaysia....malaysia seperti kehilangan taring harimau nya kerana dikekang hebat oleh arsenal...setakat ini dahulu pada waktu ini...


tonton bola online di

http://www.firstrowsports.eu/w​atch/72913/3/watch-malaysia-vs​-arsenal.html

Penggunaan Backlinks dalam memantapkan SEO




Setiap org yang mempunyai blog mestilah mahu memantapkan blog masing dgn mendapat nilai aliran trafik yang tinggi,...mendapat trafik yang tinggi bermakna pluang untuk mendapat income adalah tinggi x kirelah anda menggunakan nuffnang, adsense atau sebgai nya...

penggunaan backlink adalah sgt penting untuk menjana trafik ke blog anda...anda seharus nya meninggal kan komen disetai dgn backlink pada blog2 atau website yang agak popular sebagai langkah mempromosikan blog anda...jgn tinggal kan url blog anda kerana ianya amat tidak disukai oleh robot carian dan juga boleh dianggap spam.

jadi..gunelah ruangan komen sebagai tempat untuk anda megomel2 pada blog tersebut dan tinggal kan backlink anda disana...kesungguhan andaamat lah penting jika mahu menarik kadar trafik yg tinggi...di lain post...sy akan sertakan bagai mana untuk membuat backlink...kepade yang tak tahu sahaje ye...yg dah tahu tu tahniah...saye pon baru blaja ni...uhuhuhu


p/s: tutorial membuat backlink akan di post bila2 masa sahaje ye...

Saturday, July 9, 2011

update terkini bersih 2.0


laporan terkini bersih 2.0 menunjukkan bahawa penyokong2 brsih semakin mara sehinggakan pihak FRU melepaskan tembakan cecair kimia bewarna biru. walaubagaimanapun tembakan ini tidak dapat meleraikan penyokong2 bersih dan juga kelihatan penyokong2 bersih menumbuk2 kenderaan pihak fru sebagai tanda protes.

ra kira 10,000 orang penunjuk berarak di sekitar Puduraya menuju ke Menara Maybank. Sekurang kurang nya 5 lokasi menjadi tempat berhimpun Bersih 2.0. Kawasan itu ialah Jalan Petaling, berhampiran Kompleks Daya Bumi, Masjid Jamek, Pudu dan Sogo.

Senarai jalan yang ditutup sempena bersih 2.0

- Lebuh Ampang
- KLCC
- Bank Negara
- Dataran Merdeka
- Sogo
- Chow Kit
- Menara Sultan Ismail
- Masjid Negara
- Jalan Raja Chulan
- Jalan Ipoh
- Sentul
- Jalan Tuanku Abdul Rahman
- Jalan P.Ramlee
- Jalan Bandar
- Subang Jaya ( Near Segi )
- Sunway Pyramid and Subang Parade
- The Federal Highway
- LDP ( Lebuhraya Damansara Puchong )
- The KL – Seremban Highway in Seri Kembangan

Senarai kawasan shopping yang perlu dielakkan
- Ampang , Scott Garden , Extra Selayang , Puchong , Mutiara


Ini je jalan yang tiub2u tahu bahawanya akan ditutup...oleh itu ape kate korang duduk kat umah sambil2 layan internet, tgk tv..esok2 je la keluar ye...hahaha

91 senarai nama individu yang tidak dibenarkan memasuki kuala lumpur.

KUALA LUMPUR, 8 Julai - Sembilan puluh satu individu yang telah dikenal pasti daripada wakil PERKASA, Patriot, BERSIH 2.0 serta wakil mahasiswa tidak dibenarkan untuk masuk ke ibu kota Kuala Lumpur esok. Larangan tersebut diperolehi oleh Polis Kuala Lumpur setelah mendapat perintah daripada majistret semalam.

Sekiranya didapati 91 orang masuk ke Kuala Lumpur, maka ia boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur berkata kepada pemberita, perintah larangan tersebut merupakan satu tindakan pencegahan bagi mengelakkan akan berlaku gangguan ketenteraman awam dan boleh mendatangkan bahaya kepada manusia.

Daripada 91 orang yang disenaraikan, seramai 66 orang individu daripada kumpulan BERSIH 2.0, 14 orang daripada PERKASA dan selebihnya daripada Patriot yang diterajui oleh Pemuda UMNO. Antara tokoh-tokoh utama yang dikenakan larangan tersebut ialah S.Ambiga, Abdul Hadi Awang, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Mohammad Sabu, Ibrahim Ali, Khairy Jamaluddin, Nasrudin Hasan, Hishamuddin Rais dan ramai lagi.

Selain daripada perintah larangan kepada 91 individu tersebut, beberapa kawasan komersial dan kawasan penempatan juga telah dikenalpasti sebagai tapak perhimpunan antaranya The Mall, KLCC, Sogo, Maju Junstion, Masjid Negara dan Istana Negara. Beberapa jalan-jalan utama juga akan ditutup bermula pada malam ini hingga Ahad yang melibatkan Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Mahameru, sebahagian Lebuh Raya PLUS menghala ke Kuala Lumpur, Lebuhraya Damansara Puchong, SPRINT dan lain-lain.

Pihak polis masih mendesak semua penganjur perhimpunan dapat berhimpun di luar Kuala Lumpur seperti Stadium Shah Alam sepertimana yang ditawarkan oleh Menteri Besar Selangor.


senarai 91 orang nama yang tidak dibenarkan memasuki kuala lumpur.


Perkasa
Datuk Ibrahim Ali
Datuk Ab Rahman Abu Bakar
Syed Hassan Syed Ali
Irawah Fahmi Ideris
Roslan Kassim
Sharifuddin Abd Hamid
Dr Zubir Harun
Ameir Hassan
Datuk Ahmad Saad
Ahmad Zaini Ismail
Muhammad Zaid Md Arip
Abdullah Mansor
Zaira Jaafar
Norkhaila Jamaludin

Pemuda Umno
Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Datuk Megat Firdouz Megat Junid
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Megat Zulkarnaian Omardin
Rizalman Mokhtar
Tengku Azman Tengku Zainol Abidin
Lokman Noor Adam
Datuk Abdul Azeez Rahim
Ungku Saleh Ungku Jamal
Arman Azha Abu Hanifa
Tun Faisal Ismail Aziz

Bersih
Datuk Ambiga Sreenevasan
Mohamad Sabu
Hishamuddin Md Rais
Khairul Anwar Ahmad Zainuddin
Maria Chin Abdullah
Chua Tian Chang
Kamarulzaman Mohamad
Dr Mohd Hatta Md Ramli
Syed Shahir Syed Mohamud
Syed Ibrahim Syed Noh
Teresa Kok Suh Sim
Badrul Hisha Shaharin
Shamsul Iskandar bin Mohd Akin
Arutchelvam A/L Subramaniam
Wong Chin Huat
Ong Boon Keong
Enalini A/P Elumalai
Haris Fathillah Sathiasingam bin Mohd Ibrahim
Datuk Khalid Yunus
Datuk Zulkifli Noordin
Dr Zubir Harun
Datuk Seri Abd Hadi Awang
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Lim Kit Siang
Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Nurul Izzah Anwar
Kohila Yanasekaran
Zaid Kamaruddin
Khoo Teng Swee
Fadiah Nadwa Fikri
Yap Swee Seng
Salahuddin Ayub
Datuk Mahfuz Omar
Nasrudin Hasan
Mazlan Aliman
Dr Syed Azman Syed Nawawi
Dr Dzulkifli Ahmad
Dr Mujahid Yusof
Khalid Abd Samad
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
Azman Shapawi Abd Rani
Suhaizan Kaiat
Nor Azli bin Musa
Mohd Firdaus Jaafar
Loke Siew Fook
Lau Wen San
Mohd Azmin Ali
Mat Shuhaimi Shafie
Satipul Bahari Amamt
Wan Hassan Mohd Ramli
Mohamad Izzudin Hilmi Mohd Zaini
Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin
Muhammad Hilman Idham
Mohd Shukri Che Ab Razab
Mohd Syukri Kamaruddin
Ahmad Syazwan Muhammad Hasan
Choo Chon Kai
Sarasvathy Muthu
Soh Sook Hwa
Nurul Izham Nurul Anuar
Abd Rahim Osman
Mohd Sibri Ismail
Mohd Lukam Muda
Datuk Prof Kamaruddin Kachar
Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah

Apa itu Bersih2.0

Kite seringkali dgr perkataan bersih...bersih...kat tv, kat radio, mulut ke mulut....bersih ,kuning, bersih ,kuning dan bersih bersih bersih....tp berapa ramaikah yang tahu apa itu bersih dan kenapa ianya diwujudkan atau ditubuhkan...dan juga kenapa bersih itu diharam kan...aku yakin masih ramai yang tidak tahu dan hanya mengikut jejak langkah org lain untuk tepekik sane sini...


Bersih 2.0 ditubuhkan sebagai memorand untuk menuntut 8 tutunatan utama kepada DYMM AGONG untuk menuntut 8 perkara utama...apa kah ianya 8 perkara utama tersebut...8 perkara utama tersebut di shortlisted kan sebagai

Bersihkan senarai undi

-Mereformasikan undi pos

-Gunakan dakwat kekal

-Akses media bebas & adil

-Masa berkempen minima 21 hari

-Kukuhkan institusi awam

-Hentikan rasuah

-Hentikan politik kotor


ini adalah tuntutan utama bersih 2.0 dan rata2 tuntutan ini dilakukan oleh pihak pembakang...yang ni aku rase dah ramai yang tahu...

bagi aku tidak ade salah nye menyertai perhimpunan demi untuk mencapai apa yang kite mahukan ...tapi kite kene berpikir jugak..adakah perhimpunan ini satu jalan yang baik...aku rase mungkin tidak.,..kerana banyak lagi cara lain untuk kita menuntut sesuatu...tapi kita nnt kan... ape yang akan berlaku pada bersih 2.0

Detik Bersejarah

Tanggal 9 hb julai 2011 merupakan detik penubuhan kepada blog Tiub2u.blogspot.com. Blog ini merupakan blog milik peribadi dan akan memaparkan ape saja info yang ada pada pemilik blog...segalanye akan dikongsikan dalam blog ini..mungkin blog ini tidak akan maju seperti blog2 lain2 untuk menarik trafik..tp kami akan berusaha untuk melakukan yang terbaik...dalam erti kata lain blog ini adalah untuk menhilangkan stress di kepale anda....stress dgn isteri??stress dgn suami??stress dgn study....jom tiub2u.blogspot,com

diharap anda semua terhibur dan mendapat byk manfaat dari blog ini...ape2 shaja yang berbentuk hiburan, lawak, politik, pelik dan apa2 sahaja yang menarik akan dikongsikan dalam blog ini...

segala ape yang ada dalam blog ini adalah pandangan peribadi penulis..ia tidak ade kene mengena dgn yang idup atau yang mati...sekian..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...