Thursday, August 25, 2011

Marion Caunter, Isteri Sm Nasarudin Mengandung 5 bulan.


Ramadhan ini, ingin juga kami berkongsi berita baik dan gembira artis-artis tempatan kita. Kami yakin anda juga ingin berkongsi kegembiraan artis-artis kita. Come on, tak kan you guys nak yang panas-panas saja. Kita sejukkan hati kita dengan berita baik yang bakal kami kongsikan ini. Berita yang kami maksudkan ialah perkhabaran tentang Marion Caunter yang telah mengandung lima bulan.

Taniah dari kami buat Marion dan suaminya, SM Nasarudin kerana perkahwinan yang dibina pada tanggal 15 Oktober 2010 atas dasar cinta akhirnya akan diserikan lagi dengan kehadiran cahaya Mata.

Pengacara canttik E! News Asia, Marion Caunter, dikhabarkan telah mengandung lima bulan. Berita kehamilannya ini disahkan oleh doktor sekitar bulan Mac yang lepas. Agak lama juga sebelum berita Marion mengandung dapat dihidu pihak lain. Kali terakhir kami melihat Marion dalam rancangan Nona beberapa minggu yang lepas.

Marion yang sememangnya ingin cahaya mata secepat mungkin gembira dengan perkembangan ini walaupun dia disahkan mengandung selepas 5 bulan mendirikan rumah tangga.

Yang pasti Aidilfitri tahun depan, pasti lebih meriah buat Marion dan suami dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka yang bakal dilahirkan sekitar hujung November atau Disember. Taniah Marion dan SM Nasarudin!


Sumber: oh! artis.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...