Thursday, August 4, 2011

Say NO NO to Rambut Beruban | part 1


Dalam entry teman kali ni teman nak kongsikan skit petua bagaimana nak mengelakkan rambut beruban ni.. Kadang-kadang teman tgk budak muda-muda umo 30 tahun pon dah tumbuh uban seurat dua yang dah tumbuh banyak pon ada, tapi teman tak pasti sama ada ianya disebabkan oleh penyakit mahupun faktor genetik. Jom sama-sama kita baca petua untuk mengelakkan rambut beruban ni.


1. Giling lumat sedikit daun inai, Sapu pada di seluruh kulit kepala dan biar kan selama beberapa minit. Amalkan setiap minggu.

2. Jemur seggengam biji betik hingga kering . Goreng tanpa minyak lalu ditumbuk sehingga halus . campurkan sdikit minyak kelapa dan lumurkan ke rambut. biarkan seketika kemudian bilas dengan air.

3. ramas senggegam asam jawa bersama santan, kemudian tapis, sebelum tidur , basahkan kepala dan lumurkan bahan tadi ke seluruh kepala . Urut selama beberapa minit kemudian balut dengan tuala . Cuci rambut keesokan harinya. Amalkan dua kali seminggu.

4. jemur beberapa helai daun sekentut sehingga kering . kemudian bakar sehingga menjadi abu, rendam dan tapiskan airnya dan disapukan ke semua bahagian rambut.

5. Ambil sehelai daun buluh , siat-siatkan sehingga halus . setelah itu, sapukan rata pada rambut.


teman rase cukup lah setakat ini dahulu teman menaip entry ni. macam ade mood malas pule nak berentry pada malam ni. jadi teman akan update sambungan nya tidak lama lagi. mungkin ada petua yang lebih mudah dan sesuai dengan jiwa anda.

adios.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...