Tuesday, August 2, 2011

IBU KHAIRUL FAHMI PASRAH




LUAHAN HATI ELIA : http://ulanweblog.com/?p=2443

Ibu penjaga gol sensasi kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 22, menyifatkan keputusan anaknya memutuskan pertunangan dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22, sebagai takdir.Bidah Ibrahim, 53, berkata jodoh anaknya dengan Elia tidak kesampaian kerana mereka tiada jodoh.

“Tidak ada apa yang perlu diperbesarkan (mengenai hal putus tunang itu).

“Jika pertunangan mereka hanya setakat ini saja, saya anggap mereka tiada jodoh,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Dusun Raja, Cherang, di sini, semalam.

Bidah mengulas keputusan Khairul Fahmi atau popular dengan panggilan Apek memutuskan pertunangannya dengan Elia selepas bertunang pada 17 Mei lalu.

Semalam, Metro Ahad melaporkan di sebalik kecemerlangan menjaga gawang gol, Khairul Fahmi memendam rasa sehingga memutuskan pertunangan dengan Elia. Khairul Fahmi turut menafikan kemelut itu berlaku angkara orang ketiga iaitu seorang gadis dikenali dengan nama Dahlia.

Menurut Bidah, sehingga kini, dia belum berhubung dengan keluarga Elia dan menyerahkan kepada Khairul Fahmi untuk menyelesaikan masalah itu.

“Tidak banyak boleh saya perkatakan kerana semuanya saya serahkan kepada Khairul Fahmi.

“Saya memang tahu anak saya dan Elia ada sedikit masalah, tetapi tidak mahu mencampuri hal mereka dan yakin Khairul Fahmi bijak menyelesaikan masalah dan mampu membuat keputusan yang tepat,” katanya.

Bidah berkata, dia tidak tahu mengenai dakwaan kemunculan orang ketiga yang menggugat hubungan anaknya dengan Elia, malah tidak mengenali siapa Dahlia seperti dilaporkan akhbar.

“Saya pun dapat tahu cerita mengenai dakwaan (kemunculan) orang ketiga dan (kemunculan) nama Dahlia itu menerusi akhbar.

“Apapun, saya tidak dapat menjelaskan situasi sebenar kerana segala persoalan, Khairul Fahmi saja yang boleh jawab, lagipun buat masa sekarang dia tidak bersama keluarga kerana sibuk dengan kerjayanya,” katanya

4 comments:

Anonymous said...

Thanks a lot for sharing this with all folks you actually realize what you're talking about! Bookmarked. Please also seek advice from my web site =). We can have a hyperlink trade contract between us

Review my blog post; Efg-Leichlingen.De

Anonymous said...

Do you have a spam problem on this site; I also am a blogger,
and I was curious about your situation; many of
us have developed some nice methods and we are looking to swap techniques with other folks, be sure to shoot me
an e-mail if interested.

Feel free to visit my web blog :: hosting vps

Anonymous said...

Hi to all, how is everything, I think every one is getting more from
this website, and your views are fastidious in support of new users.


Also visit my website ... wedding Hair

Anonymous said...

Today, I went to the beach front with my children.
I found a sea shell and gave it to my 4 year old daughter and said "You can hear the ocean if you put this to your ear." She put the
shell to her ear and screamed. There was a hermit crab inside and it pinched her ear.
She never wants to go back! LoL I know this is entirely off topic but I
had to tell someone!

Also visit my webpage: forex trading online **

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...