Tuesday, August 23, 2011

Dana Tabung Buah Pinggang Ahmad Hafizuddin Bin Abdul Hadi




Tujuan tabung ini adalah untuk mengumpulkan dana sebanyak RM300,000 bagi membiayai perbelanjaan pemindahan buah pinggang Hafiz di China secepat yang mungkin.(Dana juga akan digunakan untuk membiayai perubatan Hafiz dari segala segi dan untuk keperluan hafiz untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik di masa depan).

Latar belakang Hafiz

Ahmad Hafizuddin berusia 25 tahun, berasal dari Kuala Terengganu dan kini menetap di Taman Teratai,Jalan Sultan Omar.Beliau mempunyai hasrat untuk menyambung pelajarannya jika pulih kembali.

Penyakit Buah Pinggang (End Stage Renal Disease)

Hafiz telah disahkan mengalami kerosakan kedua-dua buah pinggangnya (End Stage Renal Disease (ESRD)) pada akhir 2007. Punca kepada kerosakan buah pinggang beliau tidak diketahui dan tidak dapat dikenal pasti.

Rawatan Sekarang

Kini beliau terpaksa menjalani rawatan Haemodialisis (mencuci darah) 3 kali seminggu. Rawatan ini akan berterusan sehingga ke akhir hayat beliau kecuali pemindahan buah pinggang (kidney transplant) dapat dilakukan. Rawatan Haemodialisis tidak dapat memberikan tahap kesihatan yg sebaiknya . Pelbagai komplikasi kesihatan seperti masalah jantung, paru –paru, dan sebagainya akan berlaku. Doktor juga memaklumkan bahawa pemindahan buah pinggang ini jika dilakukan lebih cepat lebih baik kerana fizikalnya masih kuat dan kesan kerosakan buah pinggang pada badannya masih minimal. Penyakitnya setakat ini telah pun menimbulkan pelbagai komplikasi lain yang membataskan pergerakannya dan melemahkan fizikal beliau.




Masalah pemindahan buah pinggang di Malaysia

Usaha untuk mendapatkan penderma yang sesuai daripada kalangan ahli keluarga telah dilaksanakan, malangnya tidak berjaya. Manakala menunggu giliran dalam senarai menunggu pemindahan buah pinggang kementerian kesihatan di Malaysia memakan masa yang lama (l0 -12 tahun).


Mohon Sumbangan Anda

Kami memohon sumbangan ikhlas anda dengan harapan dapat mempercepatkan pengumpulan dana tersebut seterusnya membolehkan Hafiz menjalani rawatan pemindahan buah pinggangnya.

Kami juga mengharapkan doa dari tuan/puan agar usaha ini berjaya dan Hafiz dikurniakan kesembuhan berpanjangan oleh Allah swt.


Sumbangan boleh disalurkan melalui :
a. "bank in" terus ke akaun Maybank - a/c: 163082063995
b. Sumbangan atas nama : Ahmad Hafizuddin Abdul Hadi
c. Tunai – boleh hubungi nama di bawah
Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi :
En.Abdul Hadi Jusoh 014-5257815
Pn.Jamilah Hj.Ahmad 019-9543379
Cik Norhafizah 019-9417383
Hafiz 014-8397650


Semua sumbangan dan doa didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga diterima Allah sebagai amal soleh dan dibalas Allah dengan ganjaran berlipat kali ganda.

http://hafizhidayah.blogspot.com/2011/07/tabung-pemindahan-buah-pinggang-ahmad.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...