Saturday, July 9, 2011

91 senarai nama individu yang tidak dibenarkan memasuki kuala lumpur.

KUALA LUMPUR, 8 Julai - Sembilan puluh satu individu yang telah dikenal pasti daripada wakil PERKASA, Patriot, BERSIH 2.0 serta wakil mahasiswa tidak dibenarkan untuk masuk ke ibu kota Kuala Lumpur esok. Larangan tersebut diperolehi oleh Polis Kuala Lumpur setelah mendapat perintah daripada majistret semalam.

Sekiranya didapati 91 orang masuk ke Kuala Lumpur, maka ia boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur berkata kepada pemberita, perintah larangan tersebut merupakan satu tindakan pencegahan bagi mengelakkan akan berlaku gangguan ketenteraman awam dan boleh mendatangkan bahaya kepada manusia.

Daripada 91 orang yang disenaraikan, seramai 66 orang individu daripada kumpulan BERSIH 2.0, 14 orang daripada PERKASA dan selebihnya daripada Patriot yang diterajui oleh Pemuda UMNO. Antara tokoh-tokoh utama yang dikenakan larangan tersebut ialah S.Ambiga, Abdul Hadi Awang, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Mohammad Sabu, Ibrahim Ali, Khairy Jamaluddin, Nasrudin Hasan, Hishamuddin Rais dan ramai lagi.

Selain daripada perintah larangan kepada 91 individu tersebut, beberapa kawasan komersial dan kawasan penempatan juga telah dikenalpasti sebagai tapak perhimpunan antaranya The Mall, KLCC, Sogo, Maju Junstion, Masjid Negara dan Istana Negara. Beberapa jalan-jalan utama juga akan ditutup bermula pada malam ini hingga Ahad yang melibatkan Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Mahameru, sebahagian Lebuh Raya PLUS menghala ke Kuala Lumpur, Lebuhraya Damansara Puchong, SPRINT dan lain-lain.

Pihak polis masih mendesak semua penganjur perhimpunan dapat berhimpun di luar Kuala Lumpur seperti Stadium Shah Alam sepertimana yang ditawarkan oleh Menteri Besar Selangor.


senarai 91 orang nama yang tidak dibenarkan memasuki kuala lumpur.


Perkasa
Datuk Ibrahim Ali
Datuk Ab Rahman Abu Bakar
Syed Hassan Syed Ali
Irawah Fahmi Ideris
Roslan Kassim
Sharifuddin Abd Hamid
Dr Zubir Harun
Ameir Hassan
Datuk Ahmad Saad
Ahmad Zaini Ismail
Muhammad Zaid Md Arip
Abdullah Mansor
Zaira Jaafar
Norkhaila Jamaludin

Pemuda Umno
Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Datuk Megat Firdouz Megat Junid
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Megat Zulkarnaian Omardin
Rizalman Mokhtar
Tengku Azman Tengku Zainol Abidin
Lokman Noor Adam
Datuk Abdul Azeez Rahim
Ungku Saleh Ungku Jamal
Arman Azha Abu Hanifa
Tun Faisal Ismail Aziz

Bersih
Datuk Ambiga Sreenevasan
Mohamad Sabu
Hishamuddin Md Rais
Khairul Anwar Ahmad Zainuddin
Maria Chin Abdullah
Chua Tian Chang
Kamarulzaman Mohamad
Dr Mohd Hatta Md Ramli
Syed Shahir Syed Mohamud
Syed Ibrahim Syed Noh
Teresa Kok Suh Sim
Badrul Hisha Shaharin
Shamsul Iskandar bin Mohd Akin
Arutchelvam A/L Subramaniam
Wong Chin Huat
Ong Boon Keong
Enalini A/P Elumalai
Haris Fathillah Sathiasingam bin Mohd Ibrahim
Datuk Khalid Yunus
Datuk Zulkifli Noordin
Dr Zubir Harun
Datuk Seri Abd Hadi Awang
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Lim Kit Siang
Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Nurul Izzah Anwar
Kohila Yanasekaran
Zaid Kamaruddin
Khoo Teng Swee
Fadiah Nadwa Fikri
Yap Swee Seng
Salahuddin Ayub
Datuk Mahfuz Omar
Nasrudin Hasan
Mazlan Aliman
Dr Syed Azman Syed Nawawi
Dr Dzulkifli Ahmad
Dr Mujahid Yusof
Khalid Abd Samad
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
Azman Shapawi Abd Rani
Suhaizan Kaiat
Nor Azli bin Musa
Mohd Firdaus Jaafar
Loke Siew Fook
Lau Wen San
Mohd Azmin Ali
Mat Shuhaimi Shafie
Satipul Bahari Amamt
Wan Hassan Mohd Ramli
Mohamad Izzudin Hilmi Mohd Zaini
Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin
Muhammad Hilman Idham
Mohd Shukri Che Ab Razab
Mohd Syukri Kamaruddin
Ahmad Syazwan Muhammad Hasan
Choo Chon Kai
Sarasvathy Muthu
Soh Sook Hwa
Nurul Izham Nurul Anuar
Abd Rahim Osman
Mohd Sibri Ismail
Mohd Lukam Muda
Datuk Prof Kamaruddin Kachar
Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...