Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Thursday, August 25, 2011

Marion Caunter, Isteri Sm Nasarudin Mengandung 5 bulan.


Ramadhan ini, ingin juga kami berkongsi berita baik dan gembira artis-artis tempatan kita. Kami yakin anda juga ingin berkongsi kegembiraan artis-artis kita. Come on, tak kan you guys nak yang panas-panas saja. Kita sejukkan hati kita dengan berita baik yang bakal kami kongsikan ini. Berita yang kami maksudkan ialah perkhabaran tentang Marion Caunter yang telah mengandung lima bulan.

Taniah dari kami buat Marion dan suaminya, SM Nasarudin kerana perkahwinan yang dibina pada tanggal 15 Oktober 2010 atas dasar cinta akhirnya akan diserikan lagi dengan kehadiran cahaya Mata.

Pengacara canttik E! News Asia, Marion Caunter, dikhabarkan telah mengandung lima bulan. Berita kehamilannya ini disahkan oleh doktor sekitar bulan Mac yang lepas. Agak lama juga sebelum berita Marion mengandung dapat dihidu pihak lain. Kali terakhir kami melihat Marion dalam rancangan Nona beberapa minggu yang lepas.

Marion yang sememangnya ingin cahaya mata secepat mungkin gembira dengan perkembangan ini walaupun dia disahkan mengandung selepas 5 bulan mendirikan rumah tangga.

Yang pasti Aidilfitri tahun depan, pasti lebih meriah buat Marion dan suami dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka yang bakal dilahirkan sekitar hujung November atau Disember. Taniah Marion dan SM Nasarudin!


Sumber: oh! artis.com

Tuesday, August 23, 2011

Dana Tabung Buah Pinggang Ahmad Hafizuddin Bin Abdul Hadi




Tujuan tabung ini adalah untuk mengumpulkan dana sebanyak RM300,000 bagi membiayai perbelanjaan pemindahan buah pinggang Hafiz di China secepat yang mungkin.(Dana juga akan digunakan untuk membiayai perubatan Hafiz dari segala segi dan untuk keperluan hafiz untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik di masa depan).

Latar belakang Hafiz

Ahmad Hafizuddin berusia 25 tahun, berasal dari Kuala Terengganu dan kini menetap di Taman Teratai,Jalan Sultan Omar.Beliau mempunyai hasrat untuk menyambung pelajarannya jika pulih kembali.

Penyakit Buah Pinggang (End Stage Renal Disease)

Hafiz telah disahkan mengalami kerosakan kedua-dua buah pinggangnya (End Stage Renal Disease (ESRD)) pada akhir 2007. Punca kepada kerosakan buah pinggang beliau tidak diketahui dan tidak dapat dikenal pasti.

Rawatan Sekarang

Kini beliau terpaksa menjalani rawatan Haemodialisis (mencuci darah) 3 kali seminggu. Rawatan ini akan berterusan sehingga ke akhir hayat beliau kecuali pemindahan buah pinggang (kidney transplant) dapat dilakukan. Rawatan Haemodialisis tidak dapat memberikan tahap kesihatan yg sebaiknya . Pelbagai komplikasi kesihatan seperti masalah jantung, paru –paru, dan sebagainya akan berlaku. Doktor juga memaklumkan bahawa pemindahan buah pinggang ini jika dilakukan lebih cepat lebih baik kerana fizikalnya masih kuat dan kesan kerosakan buah pinggang pada badannya masih minimal. Penyakitnya setakat ini telah pun menimbulkan pelbagai komplikasi lain yang membataskan pergerakannya dan melemahkan fizikal beliau.




Masalah pemindahan buah pinggang di Malaysia

Usaha untuk mendapatkan penderma yang sesuai daripada kalangan ahli keluarga telah dilaksanakan, malangnya tidak berjaya. Manakala menunggu giliran dalam senarai menunggu pemindahan buah pinggang kementerian kesihatan di Malaysia memakan masa yang lama (l0 -12 tahun).


Mohon Sumbangan Anda

Kami memohon sumbangan ikhlas anda dengan harapan dapat mempercepatkan pengumpulan dana tersebut seterusnya membolehkan Hafiz menjalani rawatan pemindahan buah pinggangnya.

Kami juga mengharapkan doa dari tuan/puan agar usaha ini berjaya dan Hafiz dikurniakan kesembuhan berpanjangan oleh Allah swt.


Sumbangan boleh disalurkan melalui :
a. "bank in" terus ke akaun Maybank - a/c: 163082063995
b. Sumbangan atas nama : Ahmad Hafizuddin Abdul Hadi
c. Tunai – boleh hubungi nama di bawah
Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi :
En.Abdul Hadi Jusoh 014-5257815
Pn.Jamilah Hj.Ahmad 019-9543379
Cik Norhafizah 019-9417383
Hafiz 014-8397650


Semua sumbangan dan doa didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga diterima Allah sebagai amal soleh dan dibalas Allah dengan ganjaran berlipat kali ganda.

http://hafizhidayah.blogspot.com/2011/07/tabung-pemindahan-buah-pinggang-ahmad.html

Thursday, August 4, 2011

Ally Iskandar Putus Tunang?

2, 3 hari ni teman dok becerite pasal org putus tunang je, ok lagi la kan daripada berkahwin pastu bercerai. Lagipun bertunang ni kan merupakan satu proses dimana bakal pengantin untuk kenal antara satu sama lain.

Kali ini teman nak kongsikan pasal selebriti famous amous tv3 iaitu Ally Iskandar yang seathu teman bertunang pada 11 Februari 2011 dengan Nur Aishah zainal, 26, bekas naib juara Gadis Melayu musim pertama.


Gambar Pertunangan Ally Iskandar dan Nur Aishah Zainal


Kisah putus tunang ni mu la hangat diperkatakan oleh blogger2 seluruh malaysia ni apabila Nur Aishah Zainal in mengubah status relationship nya di Facebook. Tapi teman mengharap kan ni semua adalah gosip semata2 , kalau boleh jangan la kita asik dengar berita putus tunang je kan 2,3 hari ni.

cerita putus tunang penjaga gawang negara, khairul Fahmi Che Mat masih lagi kedengaran timbul pula desas desus cerita pasal ally Iskandar putus tunang. agak2 lepas ni cerita putus tunang siapa pula yang akan timbul ya?? kepada yang masih bertuang tu.. cepat2 lah melansungkan perkahwinan ya..

Sunday, July 31, 2011

Info : Khairul Fahmi dikatakan mempunyai kekasih gelap, Dahlia Teck (5 Photos)



Entah betul ke tak ini tetapi nampak ianya sangat topik yang popular di dalam forum dan juga blog beautifulnara pasal isu Khairul Fahmi mempunyai kekasih gelap iaitu Dahlia Teck. Siapa dia? Semua orang tak tahu siapa dia cuma ada orang nampak mereka berdua kuar makan dan berpegangan tangan.Kesahihan cerita ini, kami tak dapat pastikan, kami hanya sampaikan :-)

Artikrel copy n paste from aku stress gile

Dahlia Teck

Sebelum ini, Kahirul Fahmi juga dikatakan mempunyai masalah dengan tunangnya seperti dalam gambar bawah ini.

Harap-harap dia tak stress untuk bertemu dengan Singapura esok. ..

Wednesday, July 27, 2011

Isteri Sheikh Muszaphar Beranak Dalam Air

Baby Angkasawan Negara

Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor kini bergelar bapa apabila isterinya selamat melahirkan bayi sulung mereka menerusi kaedah bersalin di dalam air. Dr. Halina Mohd. Yunos yang berkahwin dengan Sheikh Muszaphar pada 10 Oktober 2010 selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 21 Julai lalu.

Bayi seberat 3.6 kilogram itu dinamakan Sophea Isabella. Halina mengambil masa 18 jam untuk melahirkan bayi itu di Hospital Pantai Bangsar di sini. Halina kini adalah doktor bius di Hospital Selayang di sini. Ketika dihubungi, Sheikh Muszaphar berkata, dia sangat teruja dengan kehadiran bayi tersebut yang dianggap sebagai anugerah Ilahi paling istimewa. “Isteri saya dimasukkan ke hospital pada pukul 2 pagi Jumaat dan berjaya melahirkan anak pada pukul 9.08 malam.

“Dia memilih kaedah bersalin dalam air kerana kurang sakit selain lebih semula jadi,” katanya. Sheikh Muszaphar merupakan rakyat Malaysia pertama berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007 dan berada di stesen itu selama 10 hari bagi menjalankan pelbagai penyelidikan. Dia kemudian menjadikan tarikh keramat berlepas ke angkasa pada 10 Oktober itu untuk melangsungkan perkahwinan dengan Halina pada tahun lalu.

Sheikh Muszaphar yang kini bertugas sebagai Felo Penyelidik Utama Institut Sains Angkasa berkata, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa. “Kami banyak membaca tentang cara mendidik anak-anak malah mendapat nasihat daripada kedua-dua orang tua kami supaya anak kami kelak berjaya kepada agama, negara dan bangsanya,” ujar beliau.


Sumber: kosmo

Saturday, July 23, 2011

Update Terkini Malaysia Vs Singapura


adoi...malaysia sekarang ni dah ketinggalan 4-1 pada minit ke 46..dan tamat separuh masa pertama buat mase ini dimana malaysia ketinggalan 3 gol. kite nantikan permainan pada separuh masa kedua adakah malaysia mampu mengalahkan singapura...same2 kite nantikan



Thursday, July 21, 2011

Review Movie Flat 3A



petang tadi aku da tgk cite ni kat panggung..aku nak buat review ni xder la reti sangat pon. tapi aku rase cite ni agak menarik la xder la bosan sangat. Tapi ape yang aku lihat pengunjung kat dalam panggung just 2/10 dari kapasiti dewan, maybe hari ini weekdays dan juga ianya bersaing dengan Harry potter part 2 yang dah pecah panggung ni.

Ok cerite flat 3A dengan pembunuhan yang terjadi kepada seorang ahli perniagaan dengan menggunakan imu hitam oleh Kang Suman, bomoh indonesia yang dimana scene ini terhenti disini kerana akan dikaitkan pada ending cerita. kemudian cerite ini diteruskan dengan kehidupan fiqah(intan ladyana) yang agak ""bergaul bebas " dengan teman lelaki nye, anas(name pelakon ni aku x tahu) sehingga fiqah menggugur kan kandungan nya yang berusia 4 bulan. kemudian fiqah dihantui dengan gangguan suara bayi menangis dan kemudian mengambil keputusan untuk berpindah ke sebuah flat yang dinamakan 3A bersama rakan nya, Ratna. Adakah gangguan yang same berlaku di flat 3A? apekah yang berlaku di Flat 3A? yang tu korang kene la tgk sendiri. nnt x pasal2 david teo saman aku..huhuhu

overall filem ni aku bg 3.5/ 5. ending pon x mengecewakan.

selamat menonton.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...