Thursday, August 25, 2011

Marion Caunter, Isteri Sm Nasarudin Mengandung 5 bulan.


Ramadhan ini, ingin juga kami berkongsi berita baik dan gembira artis-artis tempatan kita. Kami yakin anda juga ingin berkongsi kegembiraan artis-artis kita. Come on, tak kan you guys nak yang panas-panas saja. Kita sejukkan hati kita dengan berita baik yang bakal kami kongsikan ini. Berita yang kami maksudkan ialah perkhabaran tentang Marion Caunter yang telah mengandung lima bulan.

Taniah dari kami buat Marion dan suaminya, SM Nasarudin kerana perkahwinan yang dibina pada tanggal 15 Oktober 2010 atas dasar cinta akhirnya akan diserikan lagi dengan kehadiran cahaya Mata.

Pengacara canttik E! News Asia, Marion Caunter, dikhabarkan telah mengandung lima bulan. Berita kehamilannya ini disahkan oleh doktor sekitar bulan Mac yang lepas. Agak lama juga sebelum berita Marion mengandung dapat dihidu pihak lain. Kali terakhir kami melihat Marion dalam rancangan Nona beberapa minggu yang lepas.

Marion yang sememangnya ingin cahaya mata secepat mungkin gembira dengan perkembangan ini walaupun dia disahkan mengandung selepas 5 bulan mendirikan rumah tangga.

Yang pasti Aidilfitri tahun depan, pasti lebih meriah buat Marion dan suami dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka yang bakal dilahirkan sekitar hujung November atau Disember. Taniah Marion dan SM Nasarudin!


Sumber: oh! artis.com

Kawasan Speed Trap Aidilfitri 2011


Plus Ke Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
... 4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

Plus Ke Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

Plus Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras

Wednesday, August 24, 2011

Bahaya Tidur Selepas Subuh

Waktu pagi adalah waktu yanng penuh barakah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya. Akan tetapi, pada kenyataannya kita banyak melihat orang-orang melalaikan waktu yang mulia ini. Waktu yang seharusnya dipergunakan untuk bekerja, melakukan ketaatan dan beribadah, ternyata dipergunakaan untuk tidur dan bermalas-malasan.

Ingatlah bahawa orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi. Kita dapat melihat ini dari penuturan Ibnul Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur, bahawa banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan

merasa malas serta membuang-buang waktu. Beliau rahimahullah mengatakan, “Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan."

Waktu tidur yang paling bermanfaat yaitu :

1. Tidur ketika perlu tidur.

2. Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam

3. Tidur di pertengahan siang –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang. Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya, bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur

di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.

Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerena pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).”

(Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)

BAHAYA TIDUR PAGI

1. Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.

2. Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan

perbuatan yang dibenci

3. Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.

4. Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.

Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim rahimahullah . Beliau berkata, "Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.

5. Menghambat datangnya rezeki.

Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah [1] tidur di waktu pagi, [2] sedikit solat, [3] malas-malasan dan [4] berkhianat." (Zaadul Ma’ad, 4/378)

6. Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222)

Tuesday, August 23, 2011

Dana Tabung Buah Pinggang Ahmad Hafizuddin Bin Abdul Hadi




Tujuan tabung ini adalah untuk mengumpulkan dana sebanyak RM300,000 bagi membiayai perbelanjaan pemindahan buah pinggang Hafiz di China secepat yang mungkin.(Dana juga akan digunakan untuk membiayai perubatan Hafiz dari segala segi dan untuk keperluan hafiz untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik di masa depan).

Latar belakang Hafiz

Ahmad Hafizuddin berusia 25 tahun, berasal dari Kuala Terengganu dan kini menetap di Taman Teratai,Jalan Sultan Omar.Beliau mempunyai hasrat untuk menyambung pelajarannya jika pulih kembali.

Penyakit Buah Pinggang (End Stage Renal Disease)

Hafiz telah disahkan mengalami kerosakan kedua-dua buah pinggangnya (End Stage Renal Disease (ESRD)) pada akhir 2007. Punca kepada kerosakan buah pinggang beliau tidak diketahui dan tidak dapat dikenal pasti.

Rawatan Sekarang

Kini beliau terpaksa menjalani rawatan Haemodialisis (mencuci darah) 3 kali seminggu. Rawatan ini akan berterusan sehingga ke akhir hayat beliau kecuali pemindahan buah pinggang (kidney transplant) dapat dilakukan. Rawatan Haemodialisis tidak dapat memberikan tahap kesihatan yg sebaiknya . Pelbagai komplikasi kesihatan seperti masalah jantung, paru –paru, dan sebagainya akan berlaku. Doktor juga memaklumkan bahawa pemindahan buah pinggang ini jika dilakukan lebih cepat lebih baik kerana fizikalnya masih kuat dan kesan kerosakan buah pinggang pada badannya masih minimal. Penyakitnya setakat ini telah pun menimbulkan pelbagai komplikasi lain yang membataskan pergerakannya dan melemahkan fizikal beliau.




Masalah pemindahan buah pinggang di Malaysia

Usaha untuk mendapatkan penderma yang sesuai daripada kalangan ahli keluarga telah dilaksanakan, malangnya tidak berjaya. Manakala menunggu giliran dalam senarai menunggu pemindahan buah pinggang kementerian kesihatan di Malaysia memakan masa yang lama (l0 -12 tahun).


Mohon Sumbangan Anda

Kami memohon sumbangan ikhlas anda dengan harapan dapat mempercepatkan pengumpulan dana tersebut seterusnya membolehkan Hafiz menjalani rawatan pemindahan buah pinggangnya.

Kami juga mengharapkan doa dari tuan/puan agar usaha ini berjaya dan Hafiz dikurniakan kesembuhan berpanjangan oleh Allah swt.


Sumbangan boleh disalurkan melalui :
a. "bank in" terus ke akaun Maybank - a/c: 163082063995
b. Sumbangan atas nama : Ahmad Hafizuddin Abdul Hadi
c. Tunai – boleh hubungi nama di bawah
Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi :
En.Abdul Hadi Jusoh 014-5257815
Pn.Jamilah Hj.Ahmad 019-9543379
Cik Norhafizah 019-9417383
Hafiz 014-8397650


Semua sumbangan dan doa didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga diterima Allah sebagai amal soleh dan dibalas Allah dengan ganjaran berlipat kali ganda.

http://hafizhidayah.blogspot.com/2011/07/tabung-pemindahan-buah-pinggang-ahmad.html

Thursday, August 18, 2011

Harga barangTerkawal Sempena Aidilfitri 2011.


KUALA LUMPUR - Kerajaan semalam menetapkan harga terkawal bagi 20 jenis barangan untuk dikuatkuasakan mulai 23 Ogos hingga 6 September ini di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2010.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata, dua barang telah ditambah ke dalam senarai pada tahun ini iaitu bawang merah kecil (India) dan bawang putih (China).

"Penentuan harga maksimum pengeluar, borong dan runcit ini dibuat berdasarkan kepada maklumat hasil pemantauan di semua daerah, pandangan agensi kerajaan berkaitan dan perbincangan dengan pengeluar, pengimport, pembekal serta pemborong barangan terlibat," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ismail Sabri berkata, peniaga diwajibkan menjual harga barang terkawal mengikut harga maksimum yang ditentukan oleh kerajaan dan meletakkan tanda harga berwarna merah jambu pada barangan tersebut.

Jelasnya, tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim berkenaan.

Menurutnya, individu yang menjual barang harga terkawal melebihi harga maksimum boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali atau dikompaun sehingga RM50,000.

Katanya, syarikat yang melakukan kesalahan tersebut boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikenakan kompaun sehingga RM250,000.

"Mereka yang gagal meletak tanda harga merah jambu boleh didenda sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000 dan syarikat yang gagal melakukannya boleh didenda RM20,000 atau kompaun sehingga RM10,000," jelasnya.

Ismail Sabri berkata, kira-kira 2,000 pegawai penguat kuasa KPDNKK bersama 1,000 pegawai pemantauan harga akan memantau penjualan barang terkawal bagi memastikan peniaga mematuhi arahan yang ditetapkan.

Ujarnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai peniaga yang enggan mematuhi peraturan itu diminta menghubungi talian bebas tol 1-800-886-800 atau e-mel kepada e-aduan@kpdnkk.gov.my. - Kosmo Online

Tuesday, August 9, 2011

tiub info: Lambang Israel pada duit syiling baru Malaysia??

click share button at the right to share on facebook.







Hari ni teman nak kongsi kan sikit mengenai duit syiling baru Malaysia yang dikatakan mempunyai ciri2 illuminati iaitu Star of David. Perkara ini tersebar dengan luas. Apakah Bank Negara Malaysia tidak sedar dengan perkara ini? kenape tidak digunakan sahaja lambang bulan dan bintang yang merupakan identiti negara kite kan?

Persoalan2 teman di atas adalah dari kotak fikiran teman aje.. tidak ade kene mengena dengan yang hiup atau yang telah meninggal dunia. Sepatut nye designer duit syiling ini perlu lebih peka agar tidak timbul isu sebegini.

credit to milosuam.blogspot.com

tiub gosip: Keyataan waheeda sukar menunaikan solat?


Susulan kenyataan Waheeda berkenaan kesukaran beliau menunaikan solat semasa berkecimpung dalam dunia artis, beliau kini datang ke berita harian untuk memperjelas kan isu sebenar.

kenyataan waheeda:



"Saya sememangnya buat keputusan berhenti terus dari dunia hiburan, iaitu meninggalkan kerjaya sebagai penyanyi dan pelakon. Jika mahu diikutkan, banyak sebab mempengaruhi tindakan saya ini dan salah satunya berasakan dunia hiburan tidak menghormati Allah. Banyak cabaran sudah saya lalui, dan ia adalah pertarungan untuk kekal dalam dunia hiburan, di mana antara pilihan untuk memegang agama atau tidak. Saya pilih mengikut jalan Allah. Kita tidak boleh memilih bergembira dan bersolat pada masa sama, seolah-olah tidak menghormati Allah. Kalau benar beriman dan beragama Islam, kita lakukan apa yang dituntut. Saya pernah berkejar-kejar untuk bersolat ketika menjalani satu penggambaran. Apabila meminta untuk berhenti bersolat, pengarah sering melengahkan keadaan. Itu membuatkan saya ingin menangis apabila lihat tiada siapa yang peduli. Saya lihat tak ramai mengambil berat mengenai soal agama dalam dunia hiburan ini"

ape pon diharap waheeda gembira bersama suami tercinta.

credit to beautiful nara
Link

Budak comel yang bakal dimakan keluarga nya sendiri.?



hari ini teman nak share info pasal seorang budak comel yang dimakan oleh ahli keluarga mereka oleh kerana kesempitan hidup. kejam bukan? perkara ini berlaku di timur tengah namun tiada pihak yang berani mengambil tindakan terhadap keluarga itu sehinggakan budak tersebut menjadi hidangan keluarga tersebut.

sila tengok gambar di bawah.









































comel kan budak ni berselimut kan roti canai bapak dia.hehhehe

Saturday, August 6, 2011

Produk SimplySiti Tidak Halal?


Sekarang ni teman terdengar pula gosip yang produk kecantikkan keluaran siti nurhaliza iaitu simplySity(ss) . Teman pon tidak tahu macam mana perkara ni boley timbul. tapi hasil pembacaan teman menemukan gosip sebegini. hehehe. Berikutan perkara ini Siti Nurhaliza sendiri menyangkal dakwaan itu dengan mengeluarkan kenyataan dibawah di laman twitter beliau.


Semua produk SS & berus yang digunakan dalam produk adalah mendapat kelulusan HALAL daripada JAKIM dan pemeriksaan adalah dibuat sebelum setiap produk dihasilkan dan kita akan mengenal pasti dan memperbaiki setiap usaha untuk memastikan setiap produk mendapat kelulusan Jakim



"Kita tunggu jawapan dari pihak Jakim mengenai produk ini. "

Thursday, August 4, 2011

Say NO NO to Rambut Beruban | part 1


Dalam entry teman kali ni teman nak kongsikan skit petua bagaimana nak mengelakkan rambut beruban ni.. Kadang-kadang teman tgk budak muda-muda umo 30 tahun pon dah tumbuh uban seurat dua yang dah tumbuh banyak pon ada, tapi teman tak pasti sama ada ianya disebabkan oleh penyakit mahupun faktor genetik. Jom sama-sama kita baca petua untuk mengelakkan rambut beruban ni.


1. Giling lumat sedikit daun inai, Sapu pada di seluruh kulit kepala dan biar kan selama beberapa minit. Amalkan setiap minggu.

2. Jemur seggengam biji betik hingga kering . Goreng tanpa minyak lalu ditumbuk sehingga halus . campurkan sdikit minyak kelapa dan lumurkan ke rambut. biarkan seketika kemudian bilas dengan air.

3. ramas senggegam asam jawa bersama santan, kemudian tapis, sebelum tidur , basahkan kepala dan lumurkan bahan tadi ke seluruh kepala . Urut selama beberapa minit kemudian balut dengan tuala . Cuci rambut keesokan harinya. Amalkan dua kali seminggu.

4. jemur beberapa helai daun sekentut sehingga kering . kemudian bakar sehingga menjadi abu, rendam dan tapiskan airnya dan disapukan ke semua bahagian rambut.

5. Ambil sehelai daun buluh , siat-siatkan sehingga halus . setelah itu, sapukan rata pada rambut.


teman rase cukup lah setakat ini dahulu teman menaip entry ni. macam ade mood malas pule nak berentry pada malam ni. jadi teman akan update sambungan nya tidak lama lagi. mungkin ada petua yang lebih mudah dan sesuai dengan jiwa anda.

adios.

Ally Iskandar Putus Tunang?

2, 3 hari ni teman dok becerite pasal org putus tunang je, ok lagi la kan daripada berkahwin pastu bercerai. Lagipun bertunang ni kan merupakan satu proses dimana bakal pengantin untuk kenal antara satu sama lain.

Kali ini teman nak kongsikan pasal selebriti famous amous tv3 iaitu Ally Iskandar yang seathu teman bertunang pada 11 Februari 2011 dengan Nur Aishah zainal, 26, bekas naib juara Gadis Melayu musim pertama.


Gambar Pertunangan Ally Iskandar dan Nur Aishah Zainal


Kisah putus tunang ni mu la hangat diperkatakan oleh blogger2 seluruh malaysia ni apabila Nur Aishah Zainal in mengubah status relationship nya di Facebook. Tapi teman mengharap kan ni semua adalah gosip semata2 , kalau boleh jangan la kita asik dengar berita putus tunang je kan 2,3 hari ni.

cerita putus tunang penjaga gawang negara, khairul Fahmi Che Mat masih lagi kedengaran timbul pula desas desus cerita pasal ally Iskandar putus tunang. agak2 lepas ni cerita putus tunang siapa pula yang akan timbul ya?? kepada yang masih bertuang tu.. cepat2 lah melansungkan perkahwinan ya..

Tuesday, August 2, 2011

IBU KHAIRUL FAHMI PASRAH




LUAHAN HATI ELIA : http://ulanweblog.com/?p=2443

Ibu penjaga gol sensasi kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 22, menyifatkan keputusan anaknya memutuskan pertunangan dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22, sebagai takdir.Bidah Ibrahim, 53, berkata jodoh anaknya dengan Elia tidak kesampaian kerana mereka tiada jodoh.

“Tidak ada apa yang perlu diperbesarkan (mengenai hal putus tunang itu).

“Jika pertunangan mereka hanya setakat ini saja, saya anggap mereka tiada jodoh,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Dusun Raja, Cherang, di sini, semalam.

Bidah mengulas keputusan Khairul Fahmi atau popular dengan panggilan Apek memutuskan pertunangannya dengan Elia selepas bertunang pada 17 Mei lalu.

Semalam, Metro Ahad melaporkan di sebalik kecemerlangan menjaga gawang gol, Khairul Fahmi memendam rasa sehingga memutuskan pertunangan dengan Elia. Khairul Fahmi turut menafikan kemelut itu berlaku angkara orang ketiga iaitu seorang gadis dikenali dengan nama Dahlia.

Menurut Bidah, sehingga kini, dia belum berhubung dengan keluarga Elia dan menyerahkan kepada Khairul Fahmi untuk menyelesaikan masalah itu.

“Tidak banyak boleh saya perkatakan kerana semuanya saya serahkan kepada Khairul Fahmi.

“Saya memang tahu anak saya dan Elia ada sedikit masalah, tetapi tidak mahu mencampuri hal mereka dan yakin Khairul Fahmi bijak menyelesaikan masalah dan mampu membuat keputusan yang tepat,” katanya.

Bidah berkata, dia tidak tahu mengenai dakwaan kemunculan orang ketiga yang menggugat hubungan anaknya dengan Elia, malah tidak mengenali siapa Dahlia seperti dilaporkan akhbar.

“Saya pun dapat tahu cerita mengenai dakwaan (kemunculan) orang ketiga dan (kemunculan) nama Dahlia itu menerusi akhbar.

“Apapun, saya tidak dapat menjelaskan situasi sebenar kerana segala persoalan, Khairul Fahmi saja yang boleh jawab, lagipun buat masa sekarang dia tidak bersama keluarga kerana sibuk dengan kerjayanya,” katanya

Khairul Fahmi dan Elia putus tunang!!







KUALA LUMPUR: “Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya.


“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.


“Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya,” katanya.


Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan' dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain.

“Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya,” dakwanya.


Elia mendakwa, kewujudan orang ketiga dalam perhubungannya dengan Khairul Fahmi sudah diketahuinya sejak awal Julai lalu melalui pelbagai petunjuk, malah selepas diselidikinya dia percaya Khairul Fahmi ada hubungan dengan wanita lain sebelum mereka bertunang lagi.

“Saya tidak henti-henti berdoa supaya Allah berikan petunjuk bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara kami. Tak sangka, tak lama selepas itu ada seorang wanita datang berjumpa saya dan mengaku ada hubungan istimewa dengan Khairul Fahmi,” katanya.


Menjawab satu soalan, Elia mengaku ada mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial facebook mengenai tindakan Khairul Fahmi menengking ibunya (Elia).


“Mungkin tindakan itu salah saya, tapi selepas itu saya mendiamkan diri dan tidak keluarkan sebarang kenyataan lagi sebab ingin memberi masa kepadanya memulihkan keadaan. Tidak sangka pula dia sudah buat keputusan dan menghebahkan di akhbar tanpa berbincang terlebih dulu dengan saya,” katanya.


Elia berkata, tindakan Khairul Fahmi memutuskan pertunangan memang dikesalinya kerana dia sudah menyiapkan sedikit sebanyak persiapan untuk perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada hujung Oktober ini.


Sementara itu, ibu Elia yang enggan namanya disiarkan berkata, walaupun sedih dengan apa yang berlaku dia bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk sebelum perkahwinan anaknya berlangsung. “Namun, mak cik minta dia (Khairul Fahmi) selesaikan semua ini dengan cara baik. Jika dulu dia meminang anak mak cik dengan cara baik, seeloknya mahu putus pun biarlah dengan cara baik, bukan cara sebegini,” katanya.





credit sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/2011080100314320110801003143/Article


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...